August 10, 2026

27/12/2025 | Hallstatt, Austria

Perjalanan dari Melk ke Hallstat mengambil masa lebih kurang 2jam 10minit. Kalau ada yang plan nak pergi Hallstatt, adalah lebih baik bermalam dekat sini, berbaloi dan sangat cantik Hallstat, macam lukisan.....cantiknya ciptaaan Allah SWT, insyallah kalau dipanjangkan umur, akan kesini semula suatu hari nanti. Cuaca sejuk, memang potong mood mama untuk bergerak. Rasa rugi pergi time sejuk, banyak aktiviti terbantut sebab kesejukan walau dah pakai baju berlapis.

Hallstatt ini telah menarik minat negara China sehingga sanggup meniru untuk membuat tasik tiruan seperti Hallstatt di China.

Sejarah Hallstat: 7,000 tahun sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Hallstatt merupakan tempat yang sangat istimewa lokasinya yang luar biasa, gunung-ganang, keindahan tasik, statusnya sebagai tapak warisan semula jadi dan budaya UNESCO. Tetapi apa yang membezakan tumpukan bumi ini ialah hakikat bahawa manusia telah tinggal di tempat ini seawal 7,000 tahun yang lalu. Secara ringkasnya,  kerana terdapat garam di sini.

Sejarah, Garam merupakan bahan mentah yang membentuk bandar Hallstatt. Kekurangan ruang memaksa penduduk untuk memanfaatkan setiap meter persegi tanah dengan baik, dan beginilah susunan rumah-rumah seperti anak tangga tercipta, yang membentuk pemandangan Tapak Warisan Dunia yang terkenal di dunia. 

Pada tahun 1745, pusat bandar musnah sepenuhnya akibat kebakaran. Rumah-rumah dibina semula dari zaman ini masih dipelihara di tengah-tengah kampung hari ini. Daripada perlombongan garam pada awalnya & kini menjadi pusat pelancungan terkemuka.

Video & Gambar sekitar Hallstat.

Perjalanan ke Hallstatt, sangat cantik.....subhanallah 



                                   Lunch dekat Hallstat. Pekena Hot Choc & Fish and chips

Perjalanan seterusnya adalah ke Salzburg.


July 31, 2026

27/12/2025 | Hari Ke-3 ~ MELK, HALLSTATT & SALZBURG

Hari ke-3, dari Vienna ke Melk, Hallstatt dan Salzburg.

Destinasi pertama adalah ke Melk. Perjalanan awal pagi, kami menunggu bas di Vienna City. Destinasi pertama, kami tak lama dekat Melk, sekadar mengambil gambar dan  mengagumi senibinanya, dan terus ke destinasi kedua, Hallstatt.

mengambil tiket dan bas yang sedang menunggu para tourist, destinasi ke Hallstatt dan destinasi ke 3 tempat - Melk, Halsstatt dan Salzburg.
Melk ialah sebuah pekan kecil tetapi penting dari segi sejarah yang terletak di bawah Austria , terletak di pintu masuk ke Lembah Wachau di sepanjang Sungai Danube. Akar umbinya bermula sejak zaman Rom, apabila sebuah pos tentera yang dipanggil Namare ditubuhkan di kawasan itu. Menjelang abad ke-9, Melk didokumenkan sebagai "Medilica," dan ia tidak lama kemudian menjadi terkenal apabila Leopold I dari Babenbergs—dinasti pemerintah sebelum Habsburg—menjadikan Melk salah satu kubu kuatnya pada akhir abad ke-10.

Pada tahun 1089, struktur paling menonjol di pekan itu, Biara Melk, diasaskan apabila Babenbergs menghadiahkan sebuah istana kepada sami Benedictine. Biara ini berkembang menjadi kuasa rohani dan budaya, memainkan peranan penting dalam pendidikan, pemeliharaan manuskrip, dan arus intelektual Zaman Pertengahan. Versi barok semasa biara ini dibina pada awal abad ke-18 oleh arkitek Jakob Prandtauer dan kekal sebagai salah satu contoh seni bina barok terbaik di Eropah.

Sepanjang abad, Melk terselamat daripada tempoh perang, termasuk pencerobohan Turki dan pertempuran Napoleon, namun ia mengekalkan warisan seni bina dan kerohanian. Hari ini, ia merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan perhentian utama di laluan pelayaran Sungai Danube, yang diraikan kerana tradisi monastik, daya tarikan pemandangan, dan warisan budaya yang mendalam.

Video sepanjang perjalan ke Melk, musim sejuk, nampak salji memutih dikanan kiri highway. Kami terpisah seat disebabkan tak pandai berebut semasa menaiki bas, tak apalah, lesson learned, anak-anak dan husband dekat depan, mama tercampak dekat belakang. huhuhuh


Dah sampai dekat Istana Melk, pemandangan dari atas bukitcuaca mencengkam tulang, rasa tak boleh nak bergerak.
Sampai dekat Melk lebih kurang jam 9.00 pagi. Cuaca sangat mengigit tulang walau dah berlapis tebal.
Pemandangan dari atas bukit, menuruni tangga untuk ke istana
Cuaca sangat mengigit tulang, sejuk
Kagum Mereka sangat menjaga bangunan yang bersejarah ini, alangkah bagus kalaulah Malaysia juga mengekalkan bangunan lama 
ramai tourist dari bas yang berbeza, orang-orang tua dari pusat penjagaan pun ramai yang datang berkunjung kesini.






Next destinasi adalah ke Hallstatt.

July 2, 2026

RESTORAN TURKISH, Vienna

Sebelum balik ke hotel, dinner siap-siap merangkap lunch jugak. Dah terbiasa, bila breakfast pagi, tengahari kami skip makan tengahari sebab perut masih kenyang so bila kami travel, perut juga ikut waktu Malaysia akan rasa lapar dalam 4 petang ke atas, alhamdullilah tak ada yang meragam kelaparan hhahahhahaha.....biasanya kalau jumpa kedai, kami belilah air atau coklat atau bekalan coklat dan buah memang sentiasa ada dalam bag.

Kami memilih untuk makan di restoran Turki. Ramai juga pelancung dari Indonesia makan di sini. Video Santa menjual roses.

Memilih untuk makan dekat restoran Turki, beratur agak panjang juga. Tapi terkawal dan sistematik. Terletak ditengah-tengah Vienna berhampiran dengan St. Stephen's Cathedral & Peterskirche, Vienna
Balik awal sebelum maghrib
cute budak bulu tu....behave sangat
sampai hotel, beli air ...budak dua ni kira syiling, tak cukup syiling boleh tukar dekat receptionist
kena study dan hantar assignment😂😂😂
Selesai hari ke-2, round Vienna