Seterusnya kita ke kedai makan yang bernama Ma-Kan Parking juga agak senang, sebab ada polis yang berjaga disebabkan ada pasar malam
terletak tak jauh dari RareChantr Night Market dekat sini jugak ada pasar malam sepanjang jalan, ada polis berjaga. tapi tak sempat nak santai dekat pasar malam, sebab nak pergi makan dulu bila dah siap makan, semua khemah pasar malam dah siap berkemas sebab dah pukul 10 malam.
Tak tau dia tulis apa...yang pasti kedainya halal, ada beberapa tok haji lepak makan sini juga...
Semua tak nak makan nasi, so kita order ikut selera masing-masing. Recommended sedap.
Ini roti pisang cheese kalau tak silap, sedap & lembut, lain rasanya dari dekat Malaysia
Cabonara untuk Ali Iqbal, sedap berlemak pekat.
Kerabu maggie untuk aqish, papa jerk lupa nak snap gambar sebab dapat paling lambat....papa punya nasi goreng sea food, ada rasa & sedap jugak. Allysha dia simpan perut nak makan, makanan yang dia beli tadi.
Teh tarik, menarik sebab kena letak air panas sendiri.
cili ni nampak menarik
Time makan adalah masa yang paling berharga untuk masing-masing berebut nak bercerita, adalah nanti yang merajuk sebab nakkan perhatian....
Gambar kenangan dekat sini
si oyen kucing tuan kedai.
bye-bye oyen
balik hotel, aqish sambung buat paperwork yang dia kena bagi dekat cikgu
tak taulah pukul berapa aqish tidur, bangun subuh dia dah kemas & tidur
Masih kisah dekat Satun, entah bila nak habis ni ...hehhehehe
Malam kami berjalan ke Rarechantr Pasar Malam Mereka bertiga kononnya nak makan streetfood Thailand Tapi kami berdua tak pandailah nak makan, bukan tekak kami
mereka bertiga yang shopping makanan macam-macam aqish pula dapatlah sehelai seluar gajah dia tu
Selepas semua hajat makanan yang mereka nak beli dah dibeli maka kita cari kedai makan untuk makan malam dan santai
Gerai-gerai dekat sini ada beberapa lorong
ramai juga orang Malaysia lepak sini, plat Malaysia penuh dekat parking lot.
ada juga gerai yang tak bukak/ tutup awal.
tak ingat ini jual apa, allysha membeli makan untuk tapau bawak balik dekat hotel
aqish dapat dah seluar gajah dia, ali jerk yang tak ada size
takut anjing dekat belakang tu...dia bukan nak mengigit, dia mintak ehsan makanan jer
Selepas selesai makan tengahari, kami terus menuju ke hotel. Kami memilih Navakiri Boutique Resort, Resort yang baru beroperasi dalam setahun cantik, bersih dan selesa, recommended.
Website: https://www.navakiri.com/
Sementara tunggu bilik siap, lepak dulu dekat Lobby Lounge
Complimentary air asam boi, popia simpul, gula-gula juga perisa asam boi dan tisu basah untuk lap muka.
Kami pilih bilik bersebelahan dengan anak-anak, maka mereka boleh keluar masuk kebilik kami juga. Masuk-masuk, terus nampak workstation. Ini sudah bagus, senang nak buat kerja/ nak buka laptop.
Pintu yang menghubungkan diantara bilik anak-anak
bilik kami - deluxe
Bilik anak-anak - family suite
family suite
balcony menghadap swimming pool
balcony
Complimentary, banyak kami kumpul jajan heheheh...anak-anak tak berapa makan jajan
maka tapaulah bawak balik. Buah pun depa tak suka, kenyang 2 piring makan buah langsat.
Dalam bag mengkuang, towel untuk ke swimming pool.
Makan tengahari dekat Rim Lay Kitchen, baca review positif dekat Rim Lay Kitchen.
Tak ramai orang lagi masa ini, mungkin bila menghala ke petang/malam akan ramai. Deretan ditepi pantai, semuanya kedai makan. Kedai yang ini menghadap lautan luas, ombak menghempas kuat.
Video sekitar Kedai Makan Rim Lay Kitchen
bentuk pulau belakang tu mengingatkan saya masa pergi Phuket dulu, tertanya-tanya pulau apakah ini
Suasana selepas hujan berhenti, boleh parking dekat tepi kedai-kedai makan ini. Kalau dekat Hatyai kita sesuka hati parking, mahu dah kena clamp dan saman.
Menu pilihan: Tomyam seafood, sotong goreng tepung, kerabu mangga, telur dadar, sayur kailan ikan masin, ulaman dan sambal belacan. Portion tomyam nampak sikit, tapi tak habis juga untuk kami berlima.
Dalam tomyam ada macam-macam seafood....Rindu rasa nak makan TomYam Thailand hehheheheh
Sedap...boleh singgah lagi...portion seafood banyak
Makan 5 orang tak habis
suasana betul-betul tepi pantai, kalau Tsunami datang tak sempat nak lari...hikssss
Stiker dari gang riders & group dari Malaysia. Aqish tengah tengok stiker dari Uncle Yan yang pernah datang makan dekat sini.
Tertanya-tanya pulau belakang tu pulau apa...
Cuaca suram basah, kalau cuaca panas rasanya lagi best nak melepak
Destinasi pertama terus menuju ke Pak Bara. Makan tengahari di Pak Bara. Cuaca masih mendung, baru lepas hujan.
Pak Bara View Point, lepak disini sebentar. Masa ni belum ramai orang, dapatlah bergambar dengan tenang. Berlatar belakang Ikan Maling & laut Andaman. Saya perasan, air laut dekat Thailanda ni ada 'bau' yang semacam. Dulu masa pergi Bangkok, mengelilingi Sungai Chao Praya juga ada bau hamis yang sama.
Air laut tengah pasang, ombak kuat sedang menghempas pulas.
Simpan kenangan dekat replika Ikan muncung tajam/ikan maling
suasana cuaca baru nak keluar panas
di sebalik air laut
Ada banyak kedai-kedai makan area sini, bolehlah pilih ikut pilihan hati.